Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Peralatan Penyamanan Udara HVAC -Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan) ditawarkan untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara. Pelajar-pelajar akan dilatih untuk menguasai pengetahuan dan mahir dalam kerja pemasangan, penyelenggaraan dan baik pulih sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, sama ada sistem untuk domestik atau komersil berdasarkan standard yang telah ditetapkan. Selain dari itu, pelajar juga berpeluang untuk mempelajari sistem penyamanan udara jenis pisah dan berpusat yang menggunakan sama ada sistem penyejuk udara atau sistem penyejuk air. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari sistem penyamanan udara kenderaan, membuat penyambungan sistem paip penyejukan, penyelenggaraan komponen elektrik dan elektronik serta mekanikal untuk sistem penyaman udara. Program ini mematuhi standard Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Alam Sekitar, Malaysia.
Maklumat Latihan TVET
2. Boleh Membaca, Menulis dan Minat (Wajib)
Dan
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70
Dan
Tidak Tamat Sekolah
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian