Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali yang merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih enjin kenderaan penumpang. Antara skop latihan adalah merombak rawat enjin petrol dan diesel, membaiki sistem transmission, suspension, brake dan steering selain kerja-kerja bengkel seperti mengikir, mencanai, memotong, mematri, membenang dan mengimpal. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Taraf Warganegara
1.1 Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Taraf Bumiputera
2.1 Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 LULUS SPM atau setara

1. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

Atau

3.2 LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

PEMASANGAN, OPERASI & PENYELENGGARAAN ELEKTRIKAL MARIN [TP-035-2:2014] Atau

Mekanik Marin (Mekanikal) [TP-021-2] Atau

Juruelektrik Marin [TP-020-2]


Atau

3.3 Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kompetensi atau profesional dari mana-mana agensi atau institusi pendidikan (IPTA/IPTS/ILKA/ILKS) dalam bidang berkaitan

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kompetensi atau profesional dari mana-mana agensi atau institusi pendidikan (IPTA/IPTS/ILKA/ILKS) dalam bidang berkaitan Dari GIATMARA/IPTA/IPTS/ILKA/ILKS
Minimum CGPA : 0.00


Atau

3.4 Sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 3
1. lulus PMR ATAU PT3 ATAU Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 3 sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 bagi kursus Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik


Dan

4. Umur
4.1 Berumur sekurang-kurangnya 16 hingga 45 tahun

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45


Dan

5. Tahap Kesihatan
5.1 Tidak menerima sebarang jenis Orang Kurang Upaya (OKU)
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Mekanik, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA KUCHING (INSTITUT KEMAHIRAN MARA KUCHING)
Alamat
JALAN KEMAHIRAN
OFF JALAN SULTAN TENGAH
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
HAZMAN AIMADUDDIN BIN BOSTAMI
Telefon
082-441149
Emel
hazman@mara.gov.my
Laman Web
http://kuching.ikm.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Peluang Melanjutkan Pelajaran

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (KKTM Masjid Tanah)
Diploma Kejuruteraan Automotif (UniKL)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (DRB Hicom University)

** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA
;