Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi kejuruteraan pembuatan yang merangkumi kerja-kerja pembuatan logam dengan menggunakan mesin konvensional (mesin melarik, mengisar, mencanai dan membentuk) serta mesin berkomputer (Computer Numerical Control (CNC) dan Electric Discharge Machine (EDM)). Graduan turut akan berkemahiran untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas peralatan dan mesin-mesin pembuatan logam di samping mengembangkan kreativiti dengan penggunaan perisian CAD/CAM.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Mekanik, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA LUMUT (INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT)
Alamat
JALAN DATO SERI KAMARUDDIN
Negeri
PERAK
Penyelaras
SITI HAIDA BINTI MOKTAR
Telefon
05 - 6884401
Emel
haida.moktar@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (KKTM Balik Pulau)
Diploma Kejuruteraan Pembuatan (KKTM Kuantan)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Rekabentuk (KKTM Pasir Mas)

** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA
;