Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi rekabentuk dan pembuatan perabot untuk memberi tumpuan terhadap penggunaan gabungan bahan solid wood dan non-wood serta soft finishing (perabot berupholstery) bagi menghasilkan perabot moden dengan gaya dan trend terkini. Graduan akan berkemahiran dalam mengendalikan pelbagai jenis mesin yang digunakan dalam industri pembuatan perabot yang sebenar. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan bagi menggalakkan graduan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Taraf Warganegara
1.1 Warganegara
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Taraf Bumiputera
2.1 Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ATAU Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
3.1 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua (2) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran

1. Lulus SPM

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

2. Dua (2) kepujian mana-mana mata pelajaran

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
7207 PENJAGAAN MUKA DAN PENGGAYAAN RAMBUT
7303 TANAMAN MAKANAN
7202 KATERING DAN PENYAJIAN
7208 GERONTOLOGI ASAS DAN GERIATRIK
7302 AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI
2733 APRESIASI TARI
2741 LAKONAN
8871 MENGASUH DAN MEMBIMBING KANAK-KANAK
8531 PENGAJIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
3529 PENGAJIAN AGROTEKNOLOGI
8512 PATISSERIE
8865 TEKNOLOGI SENI KECANTIKAN
8522 DANDANAN RAMBUT
1450 MATEMATIK (MPAK)
1224 PENDIDIKAN ISLAM (MPAK)
1226 PENDIDIKAN MORAL (MPAK)
1120 BAHASA INGGERIS (MPAK)

Atau

3.2 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara

Operasi Pembuatan Perabot [RB-050-2:2012] Atau

Pembuat Alas Kanan [RB-052-2] Atau

Pembuat Perabot Kanan [RB-050-2] Atau

Pembuat Perabot [A-010-2] Atau

Pembuat Alas Kanan [A-030-2]


Atau

3.3 Lulusan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) 1) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Akademik sama atau lebih daripada 2.00 2) Kepujian dalam Bahasa Melayu SVM Kod 1104 3) PNGK Vokasional sama atau lebih daripada 2.67 4) Kompeten semua modul vokasional
PNG Keseluruhan : 0.00
PNG Akademik : 2.00
PNG Vokasional : 2.67
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
1104 BAHASA MELAYU Wajib C

Dan

4. Umur
4.1 Umur mestilah sekurang-kurangnya 17 tahun hingga 45 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45


Dan

5. Tahap Kesihatan
5.1 Tidak menerima sebarang jenis Orang Kurang Upaya (OKU)
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan Diploma Teknologi Pengeluaran Perabot Kontemporari IKM Lumut berpeluang menceburi kerjaya sebagai Product Supervisor, Product Design, QA/QC Supervisor, Sale and Markerting serta usahawan. Permintaan graduan dalam bidang ini sering menjadi rebutan dalam industri pengeluaran perabot.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA LUMUT (INSTITUT KEMAHIRAN MARA LUMUT)
Alamat
JALAN DATO SERI KAMARUDDIN
Negeri
PERAK
Penyelaras
SITI HAIDA BINTI MOKTAR
Telefon
05 - 6884401
Emel
haida.moktar@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Graduan dalam bidang Pengeluaran Perabot Kontemporari di IKM Lumut telah mendapat pengiktirafan JPK dan berpeluang melanjutkan pengajian yang lebih tinggi dalam
bidang berkaitan seperti Bachelor of Design (Honours) in Industrial Design dan Bachelor of Technology in Furniture Design and Manufacturing with Honours di beberapa universiti awam dan swasta dengan penekanan terhadap terhadap elemen teori dan penyelidikan yang lebih berstruktur.
;