Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Sijil Senibina di Institut Kemahiran MARA (IKM) merupakan program latihan teknikal berstruktur yang menekankan penguasaan asas seni bina serta aplikasi praktikal dalam industri pembinaan. Program ini merangkumi lukisan teknikal, prinsip reka bentuk bangunan, teknologi pembinaan dan penggunaan perisian terkini selaras dengan keperluan industri semasa. Kurikulum dirangka bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang kompeten dalam bidang reka bentuk dan pembinaan bangunan. Skop pengajian meliputi penyediaan lukisan pelan bangunan, lukisan perkhidmatan, lukisan siap bina, lukisan pendawaian elektrik, sistem saluran paip, sistem pembuangan air dan lukisan perspektif. Pelajar turut didedahkan kepada pembinaan model bangunan menggunakan kaedah konvensional dan Computer-Aided Design (CAD).
Maklumat Latihan TVET
Dan
Dan
1. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Atau
Pelukis Pelan Senibina [BC-050-2] Atau
Pelukis Pelan Senibina [B-050-2]
Atau
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Profesional GIATMARA / Sijil Kompetensi atau profesional dari mana-mana agensi atau institusi pendidikan (IPTA/IPTS/ILKA/ILKS) dalam bidang berkaitan Dari GIATMARA/IPTA/IPTS/ILKA/ILKS
Minimum CGPA : 0.00
Atau
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Dan
Dan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Pelajar berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Diploma di institusi lebih tinggi tertakluk kepada syarat kemasukan : Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Politeknik (Kolej Poli-Tech), Universiti Teknologi Malaysia , Universiti Tun Abdul Razak (UTAR), Taylor’s University , Kolej Universiti Teknologi & Inovasi , Kolej Yayasan UEM , Kolej Sunway