Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Struktur kurikulum Teknologi Motosikal dibangunkan dengan memberi perhatian kepada pengkhususan asas ke tertinggi dalam bidang motosikal. Ini selaras dengan pengambilan pelajar lepasan sekolah didalam memberi kesediaan pembangunan graduan mencapai kemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri pemotoran.
Silibus program ini memfokuskan kepada latihan hands-on dan teknologi terkini bagi melahirkan graduan yang berkompetensi, memenuhi kehendak industri dan berkeyakinan tinggi melalui pendekatan yang menyeluruh sebagai persediaan untuk memasuki industri pemotoran yang semakin berkembang pesat. Antara subjek teras yang ditawarkan adalah Basic Engine Technology (Single Cylinder Engine), Chassis System, Motorcycle Elektric System. Disamping itu terdapat modul tambahan seperti Program Pendedahan Industri, Kemasan & Cat Komponen Motosikal serta subjek umum Pengajian Islam dan Ko-Kurikulum (Persatuan Beruniform).
Maklumat Latihan TVET
Dan
Dan
Dan
Dan
Dan
Dan
Graduan program Teknologi Motosikal dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-
Di Sektor Perkhidmatan Awam terdapat peluang pekerjaan seperti Pegawai Latihan Vokasional (Pengajar Kemahiran) Pembantu Kemahiran, Pembantu Kejuruteraan Jentera (BOMBA) dan lain jabatan yang berkaitan dengan kenderaan permotoran (JPJ, Polis, Tentera dan APM)
Di Sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan seperti Pengajar Kemahiran (Giat MARA Sdn Bhd), Pemeriksa Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Unit Senggaraan PLUS Ronda, Penyelia Pusat Servis (MODENAS, Yamaha, Kawasaki dll), Penyelaras Jualan dan Alatganti Motosikal, Penasihat Servis, Ketua Juruteknik, Juruteknik atau Usahawan Motosikal (Pusat Servis, Jualan @ Sukan Perlumbaan (Motorsport))