JABATAN TEKNOLOGI MOTOSIKAL - TAHAP 3 (MT)
Pengenalan Kursus
Program kursus ini ditawarkan kepada lepasan pelajar/pelatih kursus kemahiran (Institusi TVET Awam & Swasta) dalam bidang Teknologi Motosikal yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan Tahap 2. Struktur kurikulum Teknologi Motosikal dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri pemotoran.
Silibus program ini memfokuskan kepada latihan hands-on dan teknologi terkini bagi melahirkan graduan yang berkompetensi, memenuhi kehendak industri dan berkeyakinan tinggi melalui pendekatan yang menyeluruh sebagai persediaan untuk memasuki industri pemotoran yang semakin berkembang pesat. Antara subjek teras yang ditawarkan adalah Supervision Function, Engine Technology (Multiple Cylinder Engine), Chassis System, Elektric Electronic Diagnostic System. Disamping itu terdapat modul tambahan seperti Program Latihan Industri, Engine Perfomance ( Dyno Test ) dan Kemasan & Cat Komponen Motosikal serta subjek umum Pengajian Islams dan Keusahawanan.
Maklumat Latihan TVET
Graduan program Teknologi Motosikal dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-
Di Sektor Perkhidmatan Awam terdapat peluang pekerjaan seperti Pegawai Latihan Vokasional (Pengajar Kemahiran) Pembantu Kemahiran, Pembantu Kejuruteraan Jentera (BOMBA) dan lain jabatan yang berkaitan dengan kenderaan permotoran (JPJ, Polis, Tentera dan APM)
Di Sektor swasta pula terdapat peluang pekerjaan seperti Pengajar Kemahiran (Giat MARA Sdn Bhd), Pemeriksa Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Unit Senggaraan PLUS Ronda, Penyelia Pusat Servis (MODENAS, Yamaha, Kawasaki dll), Penyelaras Jualan dan Alatganti Motosikal, Penasihat Servis, Ketua Juruteknik, Juruteknik atau Usahawan Motosikal (Pusat Servis, Jualan @ Sukan Perlumbaan (Motorsport))
Syarat Kelayakan
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berikut ;
Motosikal - Perkhidmatan Pembaikan [G454-001-2:2018] Atau
Servis & Penyelenggaraan Motosikal [TP-118-2:2012] Atau
Juruteknik Motosikal Kanan [P-118-2]
Umur
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 25
Warganegara Malaysia
Bumiputera
Syarat Tambahan
2. Bujang (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.