Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam sektor automotif yang berkebolehan dalam bidang kejuruteraan dan kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem automotif. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem teknologi automotif. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan. Pelajar digalakkan mempunyai sikap untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia / Diploma Lanjutan Tahap 5 / Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Penolong Jurutera, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan Teknikal

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA MASJID TANAH (KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA MASJID TANAH)
Alamat
KM 1, PERSIARAN PAYA LEBAR, RAMUAN CHINA BESAR, 78300 MASJID TANAH, MELAKA
Negeri
MELAKA
Penyelaras
MUHAMMAD RAFI BIN ALI
Telefon
06-3851104
Emel
rafi.ali@mara.gov.my
Laman Web
https://tvetmara.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta dalam serta luar negara seperti:

Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)Dengan Kepujian (UTHM)
Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) Dengan Kepujian (UTeM)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Mekanikal (Automotif) (UniKL MSI)
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Penyelenggaraan Automotif (UniKL MFI)
Automotive Engineering BEng (Hons) (University of Surrey, UK)

** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA
;