Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini merupakan lanjutan kepada Kursus Pendawai Elektrik (PW2). Peserta akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang lebih lanjut dalam sistem pepasangan yang menerima bekalan elektrik tiga fasa. Sepanjang tempoh pengajian, peserta akan didedahkan secara teori dan praktikal merangkumi pepasangan elektrik tiga fasa, papan suis utama tiga fasa, kawalan motor tiga fasa dan penyeliaan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. KRITERIA ASAS
1.1 Syarat-syarat AM
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

2. UMUR
2.1 Umur Calon

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70


Dan

3. PENDIDIKAN
3.1 Syarat minima

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. WARGANEGARA
4.1 Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

5. BUMIPUTERA
5.1 Calon Bumiputera
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

6. KELAYAKAN SKM
6.1 Mempunyai kelayakan SKM tahap 2 dalam bidang berkenaan

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019] Atau

Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Satu Fasa [EE-320-2:2012] Atau

Juruteknik Elektrik [C-051-2] Atau

Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah [C-030-2] Atau

Juruelektrik (Pendawaian) [EE-310-2] Atau

Juruteknik Elektrik [C-050-2] Atau

Pendawai [C-020-2]

Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Pelatih yang mengikuti kursus ini dapat memberi prospek kerjaya sebagai Pendawai Elektrik Tiga Fasa di sektor awam atau industri, Juruteknik di sektor awam atau industri, Tenaga Pengajar di mana-mana Institusi Latihan Kemahiran Awam ( ILKA ) dan Institusi Latihan Kemahiran Swasta ( ILKS ), melanjutkan pengajian dalam bidang Pendawai Elektrik kategori PW6 dan bidang Penjaga Jentera Elektrik kategori A0 atau A1.

PELUANG KERJAYA

1. Sektor Industri
- Juruteknik Elektrik
- Penyelia Elektrik
- Pendawai Elektrik

2. Sektor Awam dan Swasta
- Juruteknik
- Tukang
- Tenaga Pengajar

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GIATMARA Prima Ledang
Alamat
LOT PTD 4570, KAW. PERINDUSTRIAN TG. AGAS, 84000 TANJUNG AGAS, JOHOR.
Negeri
JOHOR
Penyelaras
KHAIRUL ARIF BIN MUHAMAD LATIF
Telefon
06-9535004
Emel
gmledang@giatmara.edu.my
Laman Web
www.giatmara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PENSIJILAN
• Sijil Professional GIATMARA
• Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa)
• Sijil Kekompetenan Pendawai Tiga Fasa & Endorsan(PW4) Suruhanjaya Tenaga
TEMPOH LATIHAN
• 3 bulan di institusi + 6 bulan latihan industri + 3 bulan di institusi

PENGAMBILAN KEMASUKAN
• SATU (1) SESI JANUARI
;