Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Seni Kulinari adalah satu kursus dalam bidang masakan, penyediaan makanan , pembuatan kek atau roti yang menonjolkan tatasajian dan kemahiran bagi mengetengahkan makanan dari tahap penyediaan sehingga penghidangan.
Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan memasak pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa bermula dari hidangan sarapan pagi, hidangan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut melalui resepi-resepi dan teknik serta kaedah memasak mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin hasil produk yang berkualiti, menarik dan bersih selaras dengan kehendak industri.
Maklumat Latihan TVET
Membuka restoran sendiri
Perniagaan Katering
Perunding Operasi Dapur Hotel / Hypermarket / Resort
Melibatkan diri dalam perniagaan makanan beku
Pensyarah di Pusat Latihan
Chef Selebriti
Kitchen krew katering pengangkutan seperti kapal persiaran, kapal terbang, dan keretapi.
Butiran Penyedia Latihan TVET
KOTA TINGGI, JOHOR
Lain-lain Maklumat
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN