Kursus TVET

IJAZAH SARJANA MUDA MUZIK DENGAN KEPUJIAN (KOMPOSISI DAN GUBAHAN)

AMZ3

Pengenalan Kursus

Program Komposisi dan Gubahan mengutamakan kreativiti individu dan kepimpinan dalam kerja berpasukan. Pengajian adalah merangkumi penciptaan lagu, susunan muzik orkestra dan big band serta muzik untuk filem, animasi, permainan digital, seni persembahan !eater dan tari. Pelajar berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari fakuti lain di ASWARA. Penekanan program ini adalah teknik gubahan dan analisis harmoni yang memerlukan penguasaan dalam teori muzik sebelum boleh diterima masuk didalam program ini. Pelajar perlu mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan muzik teknologi seperti Digital Audio Workstation (DAW). ASWARA mempunyai Makmal Audio dengan kemudahan DAW dimana pelajar boleh menggunakannya bagi tujuan penghasilan karya kreatif. Kemuncak bagi program ini ialah penciptaan dan penggubahan lagu dalam Projek Penilaian Tahun Akhir (PeTA).

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Ijazah Sarjana Muda / Tahap 6 / Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Komposer untuk industri filem, muzik pengiklanan, penulis dan penggubah muzik teater, Penggubah muzik, pengarah muzik, penulis lagu dan komposer muzik tradisional serta mencipta dan menghasilkan muzik baharu untuk artis, filem, televisyen dan menulis lagu dan muzik untuk permainan video.

Komposer muzik juga perlu mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam mengenai teori muzik, mencipta serta menyusun komposisi muzik, dan boleh bermain satu alat muzik utama.

Syarat Kelayakan

1. Kelayakan Akademik
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib C
1249 SEJARAH Wajib C

Atau

1.2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am Dari
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.3

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Kelulusan Asasi Seni Kreatif ASWARA atau Matrikulasi / Foundation / Asasi dari mana-mana UA / IPTS Dari Institusi Pengajian Tinggi
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.4

Jenis Sijil/Diploma : Diploma (Selain Diploma Kemahiran)
Mempunyai Diploma ASWARA atau Diploma Lain Tahap 4 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf Dari Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.5

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan melepasi kesetaraan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut; Kepujian Bahasa Melayu 1104; • PNGK Akademik sekurang-kurangnya 2.00; • PNGK Vokasional sekurang-kurangnya 2.67; • Kompeten semua modul vokasional; dan • Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016) (Bagi kohort 2017 ke atas, ketetapan adalah berdasarkan artikulasi Technical and Vocational Education and Training (TVET) Dari Kolej Vokasional Malaysia
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.6

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid, dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf Dari
Minimum CGPA : 0.00


Atau

1.7

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Melalui Kemasukan APEL; dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); DAN Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), DAN Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon Dari Malaysian Qualification Agency (MQA)
Minimum CGPA : 2.00


Dan

2. Syarat Khusus
2.1

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)
Alamat
464 JALAN TUN ISMAIL, 50480 KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
NURUL SHAZWANEE BINTI OTHMAN
Telefon
03-2778 5999/ 6097
Emel
marzuki@aswara.edu.my / nurulshazwanee@aswara.edu.my
Laman Web
www.aswara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
tiada
;