Kursus TVET

DIPLOMA REKAAN KOMUNIKASI VISUAL

ARKV

Pengenalan Kursus

Program Diploma Rekaan Komunikasi Visual merupakan sebuah program yang memberi tumpuan kepada dua bidang iaitu rekaan grafik digital dan sinografi. Kedua-dua elemen ini mempunyai keselarian dalam keperluan menguasai teknologi perisian digital bagi membantu bukan sahaja membangunkan bidang seni grafik malah menjadi tunjang visual bagi bidang seni persembahan.

SENI REKA GRAFIK

Pelajar akan didedahkan dengan kemahiran menggunakan perisian digital komputer dalam menghasilkan rekaan grafik 2D dan 3D. Pelajar juga akan dilatih menghasilkan lukisan analog dan fotografi bagi mengembangkan lagi kreativiti yang akan diterjemahkan melalui rekaan.

SINOGRAFI

Pelajar akan didedahkan dengan ilmu dan kemahiran merekabentuk visual latar sesebuah produksi seni persembahan seperti seni teater, muzik, tari dan filem. Kemahiran serta keberkesanan rekaan komunikasi visual adalah merupakan tonggak penting dalam menentukan kesan visual sesebuah persembahan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Pelukis (Artist), Pereka Grafik (Graphic Designer), Pengarah Artistik (Artistic Director), Pengarah Teknikal (Technical Director), Pengarah Seni Visual (Art Visualizer), Pereka Produksi (Production Designer), Pengarah Seni (Art Director), Pereka Set (Set Designer), Pereka Prop (Prop Designer), Pereka Kostum (Costume Designer), Pereka Solekan (Make-up Designer), Pereka Multimedia (Multimedia Designer), Jurufoto (Photographer), Pelukis papan cerita (Storyboard Artist) dan Pereka tatacahaya (Lighting Designer)

Syarat Kelayakan

1. Kelayakan Akademik
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib C
1249 SEJARAH Wajib C

Atau

1.2

Rekaan Grafik [PR-024-3:2012]


Atau

1.3

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan melepasi Kesetaraan SVM dengan 3 kredit Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti berikut; Kepujian Bahasa Melayu 1104; Kompeten semua modul vokasional; dan Lulus mata pelajaran Sejarah SPM (Sejarah 1251 bagi calon Sijil Vokasional Malaysia (SVM) kohort 2013-2016) Dari Kolej Vokasional
Minimum CGPA : 2.67


Atau

1.4

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran Dari Malaysian Qualification Agency (MQA)
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.5

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Lulus Sijil Kolej Komuniti (SKK) yang setara Tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dan Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran dan; Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu) Dari
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.6

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Lulus Sijil Tahap 3 Malaysian Qualification Framework (MQF) dalam bidang berkaitan Dari Malaysian Qualification Framework (MQF)
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.7

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara, dengan minimum Gred C, dalam satu (1) mata pelajaran Dari
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.8

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan pangkat Maqbul Dari
Minimum CGPA : 2.00


Atau

1.9

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Melalui Kemasukan APEL dan Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualification Agency (MQA); DAN Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon Dari
Minimum CGPA : 0.00


Dan

2. Syarat Khusus
2.1

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)
Alamat
464 JALAN TUN ISMAIL, 50480 KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
NURUL SHAZWANEE BINTI OTHMAN
Telefon
03-2778 5999/ 6097
Emel
marzuki@aswara.edu.my / nurulshazwanee@aswara.edu.my
Laman Web
www.aswara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Tiada.
;