Kursus TVET

DIPLOMA SENI KRAF TENUNAN

DK101

INSTITUT KRAF NEGARA , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Menawarkan program pengajian yang berteraskan kemahiran dan kreativiti dalam melahirkan lulusan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi dalam bidang seni kraf tenunan bagi memenuhi keperluan industri kraf dalam pelbagai sektor pekerjaan. Program ini bermatlamat untuk melahirkan lulusan yang berpotensi tinggi dari aspek mental dan intelektual kepada para graduan. Kemahiran pemikiran intelektual bukan sahaja dari segi kemahiran kraf tenunan tetapi juga dari aspek pembuatan mengikut teknik dan cita rasa semasa mengikut keperluan industri.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Setelah tamat pengajian, para graduan boleh melibatkan diri sebagai Usahawan Kraf Tenunan, Penolong Kurator, Pereka, Juruteknik Seni, Pembantu Pensyarah, Penyelia Pengeluaran, Pengajar Kraf, Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Latihan serta sebagai setaraf dengan Diploma dari IPTA tempatan yang lain bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam.

Para graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah di IPT tempatan (tertakluk kepada syarat am kemasukan ke IPT).

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Had Umur Minimum dan Maksimun

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Pilihan 1
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

PENGELUARAN TENUNAN WARISAN [C131-004-3:2023]

ATAU
Syarat Pilihan 2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan Dari
Minimum CGPA : 2.00

Atau

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Seni Kraf Dari Institut Kraf Negara
Minimum CGPA : 2.00

ATAU
Syarat Pilihan 3
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara, dengan minimum 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU

1. WAJIB LULUS

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

2. 3 KREDIT

Bil. Subjek : 3
Gred Minimum : C

Subjek yang diterima:
Paparan mengikut keputusan SPM calon

Subjek Yang Dikecualikan:

Kod Subjek Subjek
0000 TIADA SUBJEK DIKECUALIKAN
DAN
04
Kriteria Utama
Lulus temu duga dan ujian lukisan
Syarat Wajib
1. Lulus temu duga dan ujian lukisan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KRAF NEGARA
Alamat
No. 1, KM20, Jalan Ipoh - Rawang, Taman Rekreasi Templer, Rawang, Selangor
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NUR NABILA HUDA BINTI NADZIR
Telefon
03-6091 5322
Emel
hep.ikn@kraftangan.gov.my
Laman Web
https://ikn.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dalam bidang kraf dan bersahsiah terpuji bagi membangun potensi manusia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri serta
menyumbang kepada komuniti dan Negara.

Peneraju kecemerlangan pengajian kraf berinovasi dan berkemahiran tinggi.

Melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berbudaya tinggi menerusi pengajian yang dinamik dan berkualiti.

Menyediakan peluang pengajian dan pembelajaran kepada golongan belia dalam bidang seni kraf.
Menawarkan program pengajian yang berkualiti, inovatif dan diiktiraf.
Melahirkan modal insan bagi aspirasi industri kraf.
Memantapkan perkongsian strategik industri dan komuniti.
Menjadi pusat rujukan, penyelidikan dan warisan kraf negara.

Elaun sara diri RM120
Penginapan disediakan
Bantuan makanan disediakan
Tiada Yuran Pengajian
;