
Kursus TVET
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
DJL
Pengenalan Kursus
Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) merangkumi disipilin ilmu kejuruteraan yang mengkhususkan aplikasi sains dan matematik serta kemahiran teknikal dalam bidang loji penjanaankuasa elektrik. Kursus ini menyediakankepelbagaian disiplin ilmu kejuruteraan yang luas merangkumi Sains Kejuruteraan Mekanikal, Aplikasi Komputer & Perisian, Lukisan Kejuruteraan, Lukisan Terbantu Komputer (CAD), Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Amalan Bengkel Mekanikal. Kepakaran khas diterapkan menerusi kursus Sistem Kawalan Loji, Lukisan Perkhidmatan Loji, Kejuruteraan Loji Kuasa dan Penyelenggaraan Loji bagi melatih kemahiran mengendalikan dandang, turbin, enjin pembakaran dalam serta system rawatan air. Program ini membentuk pelajar yang memiliki kemahiran yang diperlukan oleh industry merangkumi kemahiran bidang, kemampuan menyelesaikan secara praktikal, beretika, professional, kemahiran berkomunikasi, kepemimpinan serta kemahiran keusahawanan berkaitan bidang loji.
Maklumat Latihan TVET
- Pembantu Jurutera Loji
- Juruteknik Mekanikal
- Juruteknik Proses
- Juruteknik Penyelenggaraan
- Juruteknik Operasi Loji
- Juru dandang
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.