Kursus TVET
Pengenalan Kursus
1. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran supaya pelatih boleh menceburi bidang perniagaan atau pekerjaan dalam bidang mengecat kenderaan yang memenuhi kehendak pasaran dan mengikut standard industri.
2. Di akhir kursus pelatih yang kompeten dapat :
i. Kenal peralatan dan bahan dalam kerja mengecat;
ii. Melaksanakan kerja penyemburan cat kenderaan;dan
iii. Menguruskan perniagaan dengan efisyen dan kos optimum atau bekerja dalam bidang mengecat kenderaan.
3. Latihan industri selama tiga bulan meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar tentang pemasaran dalam perniagaan selain melengkapkan persediaan mereka dalam kerjaya kedua.
Maklumat Latihan TVET
1. Usahawan
2. Berniaga sendiri
3. Berkerja dengan majikan dalam bidang yang dipelajari