
Kursus TVET
Diploma Perniagaan Antarabangsa
DPI
Pengenalan Kursus
Diploma Perniagaan Antarabangsa direkabentuk untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelaja rmerentas pelbagai bidang perniagaan bagi membolehkan mereka menghadapi dunia perniagaan global yang mencabar. Kandungan program ini termasuk pengurusan eksport dan import, pemasaran antarabangsa dan penyelidikan pemasaran bagi perdagangan antarabangsa. Pengetahuan asas mengenai kepentingan perdagangan antara negara-negara, hubungan baik antara kerajaan, system perundangan negara, risiko dan insurans, kecekapan pengurusan kewangan serta pengurusan rangkaian bekalan dalam mengurus aktiviti perniagaan dan logistic turut diterapkan. Program ini juga merangkumi pelbagai bidang pengajian seperti perakaunan, ekonomi, statistic dan pengurusan. Pelajar akan menjalani latihan industry selama enam bulan pada semester akhir bagi memperolehi pengalaman kerja dan pemahaman mengenai dunia perniagaan semasa.
Maklumat Latihan TVET
Operasi danLogistik
- Penolong Pengurus Rangkaian Bekalan
- Penolong Pengurus Logistik
- Penolong Pengurus Pembelian
- Penolong Pengurus Import Eksport
- Penolong Pengurus Pembekalan
- Penolong Pengurus Kargo
- Penolong Pengurus Pusat Pengedaran
- Penolong Pengurus Kawalan Inventori
Kewangan / Perbankan
- Penolong Pengurus Kewangan \ Perbankan
- Penolong Pegawai Ekonomi
- Penolong Pengurus Pembelian
- Penolong Pengurus Luar Pesisir
Pemasaran
- Pegawai Pemasaran\ Jualan
- Pengurus Acara
Pengurusan
- Penolong Pengurus Sumber Manusia
- Penolong Pegawai Perhubungan Awam
- Penolong Pegawai Penguatkuasa
- Penolong Pegawai Akauntan
- Penolong Pegawai Maklumat
- Penolong Pegawai Tadbir Urus Korporat
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.