Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Setiausaha Korporat Eksekutif ini telah dibangunkan dengan memfokuskan kepada perkhidmatan kesetiausahaan dan penggunaan IT di pejabat. NOSS ini memberikan informasi asas kepada seseorang pekerja mengenai dengan tugas-tugas sokongan dalam bidang Penolong Setiausaha / Setiausaha Pejabat bagi pengurusan pejabat majikan dan pentadbiran dalam persekitaran pekerjaan. Kompetensi teras bagi program ini adalah membolehkan seseorang setiausaha itu berkeupayaan untuk mengurus kerja-kerja pengurusan pentadbiran seperti yang diarahkan oleh majikan. Bagi Tahap Tiga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penyeliaan dan penguatkuasaan tugasan. Bagi bahagian penyeliaan adalah di antara pihak atasan dengan pekerja.