Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Pembelajaran dan penerapan kemahiran ke arah kebolehan melaksana kerja-kerja penyeliaan dan operasi ladang bagi penyediaan kawasan tanaman, semaian tanaman, gerak kerja penanaman, penyelenggaraan plot tanaman, kawalan perosak dan penyakit, penuaian dan pemasaran hasil tanaman berpandukan Amalan Pertanian Baik (APB). Kaedah pembelajaran secara "hands-on" di ladang menjadi keutamaan dengan sokongan pembelajaran di bilik kuliah.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan Sijil Operasi Pengeluaran Tanaman (SKM Tahap 3) berkelayakan untuk menceburi bidang pekerjaan sehingga ke peringkat penyeliaan di sektor industri pertanian atau menjadi usahawan bidang pertanian.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT PERTANIAN BUMBONG LIMA
Alamat
-
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
EN. MOHD RIDZUAN BIN SHAHIDAN
Telefon
04-5751901
Emel
ipbl@doa.gov.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja oleh kerajaan merangkumi elaun sara diri sebanyak RM200.00 sebulan. Penginapan di asrama termasuk makan dan minum harian juga disediakan secara PERCUMA.
Kaedah pembelajaran secara "hands-on" di ladang menjadi keutamaan dengan sokongan pembelajaran di bilik kuliah.
Ladang dan tapak latihan yang luas.

Berpeluang melanjutkan sijil ke peringkat Diploma Kemahiran Malaysia.
Berpeluang memasuki bidang pekerjaan berkaitan pertanian tanaman.
Berpengetahuan dan kebolehan untuk melaksana projek pertanian tanaman.
;