Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Pelatih dikehendaki untuk menjalankan kerja-kerja penyeliaan sumber manusia, teknikal ternakan, pencegahan dan kawalan penyakit, mengurus pembiakan, pembangunan sumber makanan dan menyelia pengeluaran produk dan hiliran mengikut amalan pengurusan penternakan baik (GAHP)

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Syarat Khas Permohonan
1.1 Pemohon mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

2. Kelayakan Akademik
2.1

PENGENDALIAN LADANG RUMINAN [A014-001-2:2019] Atau

Pembantu Ladang Ruminan [AF-060-2]


Dan

3. Warganegara
3.1 Pemohon mestilah :
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Bumiputera
4.1 Pemohon mestilah :
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

5. Umur
5.1 Pemohon mestilah :

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 25


Dan

6. sijil vokasional malaysia
6.1
PNG Keseluruhan : 0.00
PNG Akademik : 0.00
PNG Vokasional : 0.00
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
1104 BAHASA MELAYU Pilihan E
1251 SEJARAH Pilihan L
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Usahawan ternak( lembu/ kambing/ kerbau pedaging/ tenusu/ baka).
Perladangan
Pemprosesan produk hasilan ternakan
Agro pelancongan
Sektor awam G19.
Klinik haiwan kesayangan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT VETERINAR MALAYSIA
Alamat
Institut Veterinar Malaysia

Km.13, Jalan Batu Pahat, Beg Berkunci 520 86009 Kluang Johor Darul Takzim
Negeri
JOHOR
Penyelaras
NUR HAZANAH BINTI IDRIS / NORITA BT MOHD NOOR
Telefon
03-88701343 / 07-7597000
Emel
spl@dvs.gov.my
Laman Web
www.dvs.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Elaun RM200 sebulan, makan dan penginapan PERCUMA.

Institut Veterinar Malaysia berasal dari sebuah ladang yang telah dibuka pada 1939 yang dikenali sebagai " Central Animal Husbandry Station" (CAHS) oleh Almarhum Tunku Abu Bakar (Kerabat Diraja Johor). Pada 1963, Pusat Latihan Veterinar (VTC) ditubuhkan bagi memenuhi keperluan program latihan Jabatan Veterinar di hadapan pejabat CAHS.

CAHS telah bergabung dengan VTC pada 1974 menjadi Institut Haiwan dan telah berpindah ke pejabat baru pada 1976. Pada April 2008, Institut Haiwan telah mengalami penjenamaan baru kepada Institut Veterinar Malaysia (IVM).

Sebagai Institut latihan utama Jabatan Perkhidmatan Veterinar, IVM bertanggungjawab menjalankan latihan bagi menjayakan dan menyokong usaha kerajaan membangunkan industri penternakan negara. Misi institut adalah untuk menyediakan kemudahan latihan berkualiti dan kepakaran dalam bidang kesihatan dan pengeluaran ternakan. Manakala, visi institut adalah untuk menjadi pusat latihan dan rujukan yang unggul dalam bidang industri ternakan.
;