Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Operasi ladang poltri tahap 3 ini di bawah bidang ternakan, sub-sektor pengurusan pengeluaran ternakan dari sektor pertanian dan industri asas tani. Terdapat 7 unit kompetensi yang menjadi teras operasi ladang poltri (L3) iaitu penyelenggaran ladang ayam, perindukan anak ayam, pembesaran anak ayam, pengendalian telur ayam, operasi pusat penetasan ayam, pelaksanaan sistem biosekuriti dan pengendalian pentadbiran.

Hala tuju bidang Operasi Ladang Poltri adalah untuk memberi latihan dan pengetahuan bagi melahirkan pelatih yang berkemahiran dalam bidang poltri dengan menekankan aspek teori (30%) dan latihan kemahiran (70%). Tempoh latihan selama 1600 jam dimana pelatih akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penternakan ayam.

Rangka kerja pekerjaan bagi graduan Operasi Ladang Poltri Tahap 3 adalah Juruteknik Ladang Poltri yang berupaya menjalankan kerja dalam skop:
i. Penyelenggaraan ladang ayam
ii. Perindukan anak ayam
iii. Pembesaran anak ayam
iv. Pengendalian telur ayam
v. Operasi pusat penetasan ayam
vi. Pelaksanaan Sistem Biosekuriti
vii. Pengendalian pentadbiran

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Syarat Khas Permohonan
1.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

2. Syarat Umum Permohonan
2.1
1. Terhad untuk Lelaki sahaja


Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 Lulus SPM
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1249 SEJARAH Wajib E

Atau

3.2 Bagi pemohon yang tidak memiliki SPM atau setaraf

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai sijil berkaitan Dari mana - mana institusi pendidikan yang bertauliah
Minimum CGPA : 2.00

Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
1.Penyelia Ladang Poltri
2.Usahawan ternak (ayam pedaging/ telur/ baka/ penetasan telur/ puyuh/ ayam kampung dll).
3. Usahawan makanan ternakan.
4. Usahawan produk hasilan ternakan.
5. Pemprosesan dan rumah sembelih.
6.Sektor awam (G19)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT TEKNOLOGI UNGGAS
Alamat
-
Negeri
MELAKA
Penyelaras
FAUZIAH BINTI AHMAD
Telefon
06-3841321/22
Emel
itu.melaka@yahoo.com
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.
Elaun sara diri diberi sebanyak RM200.00 sebulan dan asrama penginapan serta makan dan minum disediakan oleh kerajaan.
;