Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini dirangka dengan mengaitkan kemahiran pelepaan sebagai asas penting dalam kerja penjubinan, bermula dengan pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat. Seterusnya, peserta diberi pengenalan kepada pelepaan sebagai langkah awal dalam menyediakan permukaan sebelum kerja penjubinan dijalankan, di samping mengenal pasti peralatan, aksesori dan bahan yang digunakan dalam kedua-dua proses tersebut. Penekanan juga diberikan kepada merangka kerja dan penyediaan permukaan yang betul kerana kualiti pelepaan akan mempengaruhi hasil pemasangan jubin. Peserta turut mempelajari kaedah pelepaan di atas permukaan rata, tiang, pembukaan serta kerja finishing menggunakan lepaan bagi memastikan permukaan sesuai untuk penjubinan. Selain itu, kemahiran untuk menilai kecacatan pelepaan adalah penting bagi mengelakkan masalah selepas pemasangan jubin, serta melibatkan pengiraan kuantiti dan kos bahan untuk perancangan kerja yang lebih efisien dalam projek penjubinan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 1 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
-

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
AKADEMI BINAAN MALAYSIA (SABAH) SDN. BHD.
Alamat
0.6KM JALAN KAYU MADANG 4, KAMPUNG KAYU MADANG, TELIPOK, KOTA KINABALU, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
DATU MOHD AZWAN NAZPEE BIN DATU PINDATUN
Telefon
088-492 614
Emel
ABMSabah@gmail.com
Laman Web
akademibinaan.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang akademibinaan.com.my
;