Kursus TVET
Pengenalan Kursus
1. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran pemasangan dan penyelenggaraan elektrik supaya pelatih boleh menceburi bidang perniagaan atau pekerjaan.
2. Di akhir kursus pelatih yang kompeten dapat :
a. Menyediakan susunatur lukisan dan lukisan pendawaian satu fasa lengkap bersimbol dengan mematuhi arahan kerja, piawaian yang berkaitan serta keperluan badan/standard kawal selia;
b. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan, pendawaian litar satu fasa seterusnya pengujian litar dengan mematuhi arahan kerja, piawaian yang berkaitan dan keperluan badan/standard kawal selia;
c. Melaksanakan kerja-kerja pemasangan motor satu fasa dan kawalan motor serta penyelenggaraan perkakasan peralatan elektrik mengikut arahan kerja, , piawaian yang berkaitan serta keperluan badan/standard kawal selia; dan
d. Melaksanakan komunikasi asas pekerjaan, kemahiran tingkah laku personal , kesedaran etika di tempat kerja, kesedaran kesihatan keselamatan dan persekitaran.
Maklumat Latihan TVET
1. Usahawan
2. Berniaga sendiri
3. Berkerja dengan majikan dalam bidang yang dipelajari
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1. Sijil SKM Tahap 2
2. Sijil PERHEBAT
3. Skk-CIDB
4. Kad Hijau-CIDB