Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar

DAS

Pengenalan Kursus

Program pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah lakuyang diperlukan dalam bidang kejuruteraan alam sekitar. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak kajian berkaitan dengan skop kerja di dalam penjagaan da npemuliharaan alam sekitaryang merangkumi aspek punca dan kesan pencemaran, kaedah mengenal pasti punca dan teknik pemuliharaan, kajian dan eksperimen, undang-undang dan peraturan pihak autoriti, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesejahtaraan kehidupan manusia serta penjagaan kualiti alam sekitar.Kursus-kursus yang ditawarkan berupaya mempersiapkan pelajar untuk memenuhi pasaran kerja dalam pelbagai laluan dalam bidang sains dan teknologi berkaitan kejuruteraan alam sekitar seperti pemprosesan air mentah dan pembekalan air bersih, pemprosesan air sisa, pengurusan bahan buangan sisa pepejal, kitar semula bahan sisa buangan dan kajian masalah pencemaran air, udara dan kebisingan. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan alam sekitar.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar adalah seperti berikut:
- Penolong Pegawai Alam Sekitar
- Penolong Pegawai Kesihatandan Keselamatan
- Penolong Pegawai Kawalan Kualiti Alam Sekitar
- Pembantu Teknik
- Penyelia Tapak
- Juruteknik Makmal
- Penolong Penyelidik
- Kontraktor Kebersihan Kawasan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Alamat
SUNGAI LANG, 45100 SUNGAI AIR TAWAR SELANGOR DARUL EHSAN
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
-
Telefon
03-3280 6200
Emel
ukk@psis.edu.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;