Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
DBK
Pengenalan Kursus
Program pengajian Diploma Teknologi Berasaskan Kayu direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang teknologi perkayuan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di bilik kuliah, bengkel dan industri berkaitan yang meliputi skop kerja di dalam industri perkayuan meliputi aspek sains kayu, kejuruteraan kayu dan teknologi pemprosesan kayu yang merangkumi jenis dan ciri-ciri kayu, penggunaan dan produk kayu, peralatan dan teknologi terkini dalam industry berasaskan kayu. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang teknologi perkayuan.
Maklumat Latihan TVET
- Pereka Produk Kayu
- Juruteknik Penggred Kayu
- Pembantu Makmal
- Pegawai Kawalan dan Jaminan Kualiti
- Penyelia
- Penolong Pegawai Pemasaran
- Penolong Pegawai Penyelidik
- Pengusaha Produk Kayu
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
40150 Shah Alam,
Selangor