Kursus TVET

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

DJK

Pengenalan Kursus

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) ini telah direkabentuk untuk menyediakan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang kejuruteraan elektronik menjurus kepada proses dan automasi industri. Pengetahuan asas mengenai Pengawal Logik Boleh Aturcara dan automasi, Sistem Kawalan, Sistem Automatik & Kawalan Motor Elektrik, Instrumentasi dan kawalan industri serta pengaturcaraaan turut didedahkan kepada pelajar untuk menghasilkan pelajar yang berkebolehan dan masih menitikberatkan area pengkhususan mereka.

Penggunaan elektronik di dalam proses dan industry automasi pada masa kini amat memerlukan pekerja yang berkemahiran dan terlatih. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) membekalkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektronik dan membolehkan para graduan mempunyai prospek kerjaya yang lebih luas dalam kebanyakkan industri kejuruteraan seperti:

• Juruteknik proses penyenggaraan alat
• Juruteknik Elektronik
• Juruteknik tapak
• Pembantu Jurutera
• Bekerja sendiri

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Alamat
Persiaran Usahawan, Seksyen U1,
40150 Shah Alam,
Selangor
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MOHD NASIR BIN KAMARUDDIN
Telefon
03-5163 4000
Emel
webmasterpsa@psa.edu.my
Laman Web
https://psa.mypolycc.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;