Kursus TVET

Diploma Bioteknologi

DBT

Pengenalan Kursus

Bioteknologi adalah suatu bidang baru dalam kehidupan dunia moden. Program ini dibangunkan untuk memenuhi permintaan pelajar yang bercita-cita untuk melibatkan diri dalam bidang bioteknologi. Kandungan teras program ini terdiri daripada beberapa kursus seperti Matematik, Biologi, Biokimia, Kimia, Mikrobiologi dan Teknik dan Pengurusan Makmal. Kursus disiplin yang ditawarkan pula seperti Immunologi, Enzimologi, Teknologi Sel dan Tisu Kultur, Teknologi Teknik DNA Rekombinan dan Teknologi Bioproses akan meningkatkan pengetahuan pelajar dan kemahiran dalam Bioteknologi.

Kursus elektif juga ditawarkan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar seiring dengan bidang bioteknologi seperti Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Makanan dan Agrobioteknologi. Gaya pembelajaran program ini direka untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan, membina sikap positif serta nilai-nilai dan profesionalisme, bersikap lebih bertanggungjawab dan beretika terhadap rakan-rakan, pelanggan, majikan dan masyarakat. Mereka juga mampu untuk melaksanakan tugas-tugas dan menyelesaikan masalah dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran melalui asimilasi kemahiran pemikiran kritikal, analitikal dan teknikal.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Para graduan boleh mendapat pekerjaan dalam pelbagai tempat kerja seperti institusi pendidikan, syarikat-syarikat farmaseutikal, industri makanan, hospital, syarikat bioteknologi, jabatan pertanian, agensi alam sekitar, forensik dan pusat penyelidikan. Pekerjaan yang berpotensi termasuk:

- Pembantu Teknik
- Pembantu Makmal
- Penolong Penyelidik
- Penyelia Jaminan Kualiti
- Penyelia Kawalan Kualiti
- Wakil Jualan Alat-alat Sains
- Juruteknik Makmal
- Pakar Produk
- Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan
- Pembiak tumbuhan
- Juruteknik Pakar
- Penganalisis Assay
- Juruteknik Kalibrasi Instrumen
- Juruteknik Pengeluaran
- Pembantu Pembangunan Proses
- Wakil Perkhidmatan Teknik
- Penulis Teknikal

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK NILAI
Alamat
KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK,71760,BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
-
Telefon
06-7980400
Emel
-
Laman Web
https://pns.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;