Kursus TVET

Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak)

DFO

Pengenalan Kursus

Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak) dibentuk untuk melahirkan bakal graduan dengan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman pendidikan bersepadu dalam sub-bidang oleokimia, lemak dan minyak ,dan teknologi kimia serta pengetahuan pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan interpersonal. Objektif program ini adalah untuk menyediakan pengetahuan lemak dan minyak serta pendidikan oleokimia di peringkat separa professional untuk memenuhi tuntutan kedua-dua sector awam dan swasta.

Matlamat program ini adalah untuk melengkapkan graduan masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak), serta kemahiran pengurusan dalam persekitaran perniagaan untuk membina kerjaya mereka dalam sektor berkaitan yang merangkumi keseluruhan spektrum aktiviti komersial dan kerajaan serta pendidikan siswazah dan pembelajaran sepanjang hayat.Setiap kursus yang dibentuk adalah mengikut kehendak industry dimana graduan yang dilahirkan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri.

Program ini direka dan ditanda aras dengan badan-badan profesional yang berkaitan di Malaysia, iaitu Institut Kimia Malaysia (IKM), Persatuan Saintis Oil Malaysia dan Teknologis (Mosta) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).Para graduan berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam beberapa sector pekerjaan seperti institusi pendidikan, pusat penyelidikan, sector kerajaan contohnya Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, dan sector swasta seperti industry makanan, industry oleokimia, industry pemprosesan minyak ,industry pembungkusan dan syarikat bioteknologi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya selepas pelajar menamatkan pengajian:

- Penolong Pegawai Pemprosesan Oleokimia (Lemak Dan Minyak)
- Penolong Pegawai Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)
- Penyelia Kosmetik Dan Kelengkapan Peribadi (Toiletries)
- Penolong Pegawai Penyelidik (Research Assistant)
- Juruteknik Dalam Pemprosesan Dan Unit Operasi
- Penolong Juteran Pelaksanaan (Procurement)
- Penyelia Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
- Penolong Pegawai Kawalan Mutu Makanan
- Penolong KawalanKualiti (Quality Control)
- Penolong Analisis Makanan
- Penolong Jurutera Projek
- PenolongFarmaseutikal
- Eksekutif Pengeluaran
- Penyelia Makmal
- Usahawan
- Pemasaran

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL, PAGOH
Alamat
HUB PENDIDIKAN PAGOH,84600,MUKIM JORAK, MUAR, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
-
Telefon
06-9742288
Emel
ptsn@ptsn.edu.my
Laman Web
http://ptsn.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;