Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMESINAN CNC JITU

DPM

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH) , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan CNC JITU adalah salah satu program diploma di bawah Jabatan Teknologi Pembuatan PERDA-TECH. Program ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam mengaplikasikan teknologi kejuruteraan pemesinan CNC (Computer Numerical Control) yang bersesuaian dengan keperluan industri serta mampu menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi dan kualiti hidup.

Kurikulum program telah dirangka dengan teliti bagi memastikan pelajar diberi penekanan kepada latihan praktikal yang komprehensif selain memperoleh ilmu secara teori. Kurikulum yang memfokuskan kepada pemesinan berkejituan tinggi ini bertujuan menyediakan pelajar supaya berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam mengendali secara hands-on pelbagai mesin, alatan dan perkakasan berkejituan tinggi bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.

Pelajar berpeluang melakukan latihan amali secara berseorangan atau berkumpulan meliputi pemesinan konvensional termasuklah Operasi Larik (Turning Operation), Operasi Kisar (Milling Operation), Operasi Canai (Grinding Operation Which Includes Surface And Cylindrical Grinding), membuat kerja-kerja gegasan dan sebagainya. Seterusnya pelajar didedahkan kepada pemesinan berkejituan tinggi bermula dengan asas dan aplikasi Pemprograman CNC (CNC Programming), Teknologi Pemesinan NC dan CNC (Up To 5-Axis CNC Technology), perisian dan aplikasi CAD/CAM (Computer-Aided Design And Computer-Aided Manufacturing), Mesin EDM (Electrical Discharge Machine Including Wire-Cut & Die Sinking) dan penyelenggaraan mesin-mesin yang terlibat.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Industri / Sektor : Awam dan Swasta Dalam Bidang CAD/CAM, QC/QA, R&D
Kerjaya / Jawatan :
Penolong Jurutera
Pengajar Teknikal Dan Vokasional
Juruteknik; Juruteknik Pengeluaran, Juruteknik Servis Dan Penyelenggaraan, Juruteknik CAD/CAM, Juruteknik Kawalan Kualiti, Juruteknik R&D.
Jurumesin (CNC Machinist)
Pengaturcara CAM (CAM Programmer )
Eksekutif Pengeluaran (Production Executive)
Eksekutif Kawalan Kualiti (Quality Assurance Executive)
Technical Sales Executive
R&D Personnel

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia
Syarat Pilihan 1
Calon Bumiputera Sahaja
ATAU
Syarat Pilihan 2
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Memiliki SPM yang setaraf / Sijil Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan yang diiktiraf atau setaraf
Syarat Pilihan 1
Sekiranya pelajar tidak mendapat kepujian dalam matapelajaran Matematik, pelajar perlu menjalani kursus asas (RemedialCourse) di PERDA-TECH
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1249 SEJARAH Wajib E
1449 MATEMATIK Wajib C
1511 SAINS Wajib C
ATAU
Syarat Pilihan 2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 / Sijil Vokasional Malaysia Dari INSTITUSI AWAM
Minimum CGPA : 2.00

DAN
03
Kriteria Utama
Had Umur
Berumur tidak kurang 17 Tahun
Syarat Wajib

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30

DAN
04
Kriteria Utama
Kriteria Lain
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
4. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
Alamat
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ALIAS BIN MUHAMMAD NOR
Telefon
04-5991100
Emel
perdatech@perda.gov.my
Laman Web
www.perda-tech.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PROGRAM MENDAPAT PENGIKTIRAFAN PENUH DARI MQA

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
 Yuran Pengajian PERCUMA ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan
 Insuran Berkelompok
;