Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Industri akuakultur berkembang pesat di rantau Asia termasuk Malaysia. Sektor akuakultur berkembang sebagai antara pengeluaran bahan makanan dan menjadi sumber pendapatan kepada negara. Keperluan pembangunan industri perikanan tangkapan, ternakan akuakultur marin dan air tawar dilaksanakan secara bertanggungjawab oleh kerajaan terutamanya oleh Jabatan Perikanan dan lain lain agensi yang berkaitan dibawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Kerajaan telah mengenalpasti akuakultur marin sebagai salah satu sumber utama untuk meningkatkan pengeluaran ikan bagi memenuhi permintaan domestik dan memperkembang potensi eksport. Pada tahun 2014 perusahaan akuakultur di negara ini telah menghasilkan pengeluaran berjumlah kira-kira 520,514 tan metrik dengan nilai kira-kira RM3.47 bilion. Pengeluaran tersebut telah menyumbang 26% kepada jumlah pengeluaran ikan negara. Pembangunan akuakultur marin negara telah menunjukkan perkembangan pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 8% setahun dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Kerajaan terus memberi tumpuan untuk menggalak pembangunan akuakultur negara melalui program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh dan tersenarai di kalangan Projek Utama di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area - NKEA) Sektor Pertanian sehingga tahun 2020. Permintaan keatas produk akuakultur marin dijangka akan semakin bertambah selari dengan pertambahan penduduk. Permintaan tinggi ini sepatutnya diimbangi dengan bekalan yang mencukupi. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti 61 kawasan seluas 36,743 hektar untuk dijadikan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di seluruh negara. ZIA merupakan satu konsep pembangunan baru bagi memastikan pembangunan akuakultur di negara ini dapat dilaksanakan secara terancang dan lestari. Program Zon Industri Akuakultur (ZIA) merupakan program pengezonan kawasan tanah dan perairan yang dikenalpasti sesuai untuk dibangunkan dengan projek akuakultur berskala komersial sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan pengeluaran ikan, udang, rumpai laut dan kerang-kerangan yang ditetapkan di bawah Dasar Pertanian Negara ke Tiga (DPN3).

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
• EKSEKUTIF LADANG TERNAKAN AKUAKULTUR

Syarat Kelayakan

1. SPM
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Pilihan Lain-lain E
1249 SEJARAH Pilihan Lain-lain E

Dan

2. UMUR
2.1

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45


Dan

3. SYARAT TAMBAHAN
3.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib) ,
4. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. LAIN-LAIN SYARAT
4.1 Memiliki atau Lulus SKM Tahap sebelumya di dalam Bidang yang sama contoh;

PENYELIAAN OPERASI AKUAKULTUR MARIN [A032-002-3:2017]


Dan

5. WARGANEGARA
5.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PERIKANAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH LUMUT
Alamat
KOMPLEKS PERIKANAN KG. ACHEH, 32000 SITIAWAN, PERAK DARUL RIDZUAN
Negeri
PERAK
Penyelaras
NOR FADILAH BINTI JALALI
Telefon
056906000
Emel
kpml@dof.gov.my
Laman Web
www.kpkm.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-
;