
Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Industri pengeluaran ikan negara telah melalui perubahan daripada sistem pengurusan tangkapan ikan secara tradisonal kepada pengeluaran secara komersial. Penekanan yang khusus diberi ke atas aspek teknologi tangkapan yang sempurna melalui pelaksanaan aktiviti tangkapan perikanan yang cekap. Sehubungan itu, kerajaan berusaha menggunapakai pendekatan yang lebih tersusun dan berkesan, di antaranya penggubalan polisi, penggalakan latihan kemahiran dan penggunaan teknologi yang wajar dan terkini. Tujuan utama peningkatan teknologi tangkapan adalah untuk menjamin keselamatan makanan negara, meningkatkan produktiviti dan daya saing industri perikanan dalam negara. Dengan peningkatan yang positif dalam industri teknologi tangkapan ini, ianya turut memberi impak secara langsung kepada industri lain seperti pengeluar input pertanian dan produk berasaskan ikan.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Kod Subjek | Subjek | Wajib/Pilihan | Kategori Pilihan | Min Gred |
---|---|---|---|---|
1103 | BAHASA MELAYU | Wajib | E | |
1249 | SEJARAH | Wajib | E |
Dan
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 25
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib) ,
4. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)