Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini merangkumi pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat. Ia turut memberi pendedahan kepada pengenalan kepada pelepaan sebagai asas dalam kerja pembinaan, di samping membantu peserta mengenal pasti peralatan, aksesori dan bahan yang digunakan. Seterusnya, penekanan diberikan kepada merangka kerja dan penyediaan permukaan sebelum proses pelepaan dijalankan. Peserta juga akan mempelajari kaedah pelepaan di atas permukaan rata, tiang, pembukaan serta kerja finishing menggunakan lepaan. Selain itu, kursus ini turut membimbing peserta dalam menilai kecacatan pelepaan bagi memastikan hasil kerja yang berkualiti, serta membuat pengiraan kuantiti dan kos bahan yang diperlukan.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
Dengan pengalaman, plasterer berpeluang meningkatkan kerjaya ke tahap yang lebih tinggi seperti menjadi ketua tukang atau penyelia tapak yang mengurus kualiti kerja dan tenaga kerja. Selain itu, mereka juga boleh mengembangkan kemahiran ke bidang berkaitan seperti kerja kemasan dalaman, renovasi, hiasan plaster (decorative plaster) dan pembaikan bangunan.
Bagi yang mempunyai minat dalam keusahawanan, plasterer boleh menjalankan perniagaan sendiri sebagai kontraktor kecil atau subkontraktor dalam kerja lepaan dan kemasan. Dengan adanya sijil kemahiran atau akreditasi, peluang untuk mendapatkan projek yang lebih besar serta bekerja dengan syarikat pembinaan ternama juga semakin terbuka.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem .