Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan teratur. Ia turut merangkumi teori asas binaan bangunan dan pengiraan ketukangan sebagai asas penting dalam kerja pertukangan kayu (formwork). Selain itu, peserta akan didedahkan kepada asas lukisan teknik dan memahami pelan bagi membolehkan mereka mentafsir lukisan pembinaan dengan tepat.
Seterusnya, kursus ini melibatkan kemahiran membuat acuan tuang dulu dan tuang di situ (cast in-situ) sebagai asas dalam kerja formwork, diikuti dengan membuat acuan berbagai segi mengikut keperluan struktur. Peserta juga akan mempelajari kaedah membuat dan mendirikan acuan tiang dan alang bawah serta membuat acuan tangga konkrit. Di samping itu, latihan turut merangkumi setting out bangunan sebagai langkah penting dalam menentukan kedudukan dan penjajaran acuan sebelum kerja pembinaan dijalankan.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
Seorang carpenter (formwork) boleh memulakan kerjaya sebagai pekerja mahir di tapak pembinaan yang bertanggungjawab menyediakan dan memasang acuan (formwork) untuk kerja konkrit seperti tiang, rasuk, lantai dan tangga. Dengan pengalaman, mereka berpeluang meningkat ke jawatan seperti ketua tukang (foreman) atau penyelia tapak yang mengurus pasukan serta memastikan acuan dibina mengikut spesifikasi dan piawaian keselamatan.
Selain itu, kemahiran dalam formwork juga boleh diperluaskan kepada bidang lain seperti kerja struktur, pembinaan konkrit bertetulang dan kerja kejuruteraan awam. Bagi yang berminat dalam keusahawanan, individu boleh menjadi subkontraktor atau kontraktor kecil yang mengendalikan kerja-kerja acuan dan struktur konkrit.
Dengan sijil kemahiran atau akreditasi yang diiktiraf, peluang untuk terlibat dalam projek berskala besar termasuk projek kerajaan, pembinaan bertingkat tinggi dan projek infrastruktur adalah lebih luas, sekali gus memberikan potensi pendapatan yang lebih tinggi dan kerjaya yang stabil.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB