Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sistematik. Peserta akan didedahkan kepada kemahiran menyusun pengendalian bahan dengan teratur serta menjalankan pemeriksaan di tapak bagi memastikan kelancaran kerja pemasangan.
Selain itu, kursus ini merangkumi menjalankan pemasangan struktur kecil sebagai asas dalam kerja siling sangkut, diikuti dengan kemahiran menjalankan kerja pemasangan panel siling tetap dan aksesori mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Penekanan juga diberikan kepada aktiviti pengawalan kualiti bagi memastikan hasil kerja memenuhi piawaian, serta melaksanakan aktiviti pengemasan bagi mengekalkan persekitaran kerja yang kemas, selamat dan profesional.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
Pada peringkat awal, seseorang boleh memulakan kerjaya sebagai pekerja mahir atau separa mahir yang menjalankan kerja pemasangan rangka dan panel siling serta aksesori. Dengan pengalaman dan peningkatan kemahiran, individu boleh berkembang menjadi pemasang siling yang mahir, seterusnya ke jawatan ketua pasukan atau penyelia tapak yang mengurus kerja pemasangan serta memastikan kualiti dan keselamatan dipatuhi.
Selain itu, kemahiran dalam pemasangan siling sangkut juga boleh diperluaskan ke bidang berkaitan seperti drywall partition, siling tetap (fixed ceiling) dan kerja kemasan dalaman (interior finishing). Bagi yang berminat dalam keusahawanan, terdapat peluang untuk menjadi subkontraktor atau menjalankan perniagaan sendiri dalam kerja pemasangan siling dan kemasan dalaman.
Dengan sijil kemahiran atau akreditasi yang diiktiraf, peluang untuk terlibat dalam projek berskala besar serta meningkatkan pendapatan adalah lebih cerah dan menjanjikan kerjaya yang stabil.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB