Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan terkawal. Peserta akan didedahkan kepada kemahiran mengenal pasti bahan untuk campuran konkrit sebagai asas dalam kerja konkrit.
Selain itu, kursus ini merangkumi kaedah menyediakan campuran konkrit menggunakan tangan atau di dalam mesin mencampur konkrit mengikut nisbah yang betul. Peserta juga akan mempelajari teknik meletakkan konkrit ke dalam acuan dengan cara yang sistematik. Seterusnya, penekanan diberikan kepada melaksanakan kerja merata dan memampat konkrit bagi memastikan kekuatan dan ketahanan struktur. Akhir sekali, kursus ini turut melibatkan melaksanakan aktiviti curing konkrit bagi memastikan proses pengerasan konkrit berlaku dengan sempurna dan mencapai kualiti yang dikehendaki.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
Seorang concreter boleh memulakan kerjaya sebagai pekerja mahir yang menjalankan kerja bancuhan, menuang, meratakan dan kemasan konkrit di tapak pembinaan. Dengan pengalaman, individu berpeluang meningkat ke jawatan seperti ketua tukang atau penyelia tapak yang bertanggungjawab memastikan kerja konkrit dilaksanakan mengikut spesifikasi dan piawaian kualiti.
Selain itu, kemahiran dalam kerja konkrit juga boleh diperluaskan ke bidang berkaitan seperti formwork, pembinaan struktur konkrit bertetulang dan kerja kejuruteraan awam. Bagi yang berminat dalam keusahawanan, terdapat peluang untuk menjadi subkontraktor atau kontraktor kecil yang mengendalikan kerja-kerja konkrit bagi projek pembinaan.
Dengan sijil kemahiran atau akreditasi yang diiktiraf, peluang untuk terlibat dalam projek berskala besar seperti pembinaan bangunan tinggi, lebuh raya dan projek infrastruktur kerajaan adalah lebih luas, sekali gus menawarkan potensi pendapatan yang lebih tinggi dan kerjaya yang berterusan.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB