Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan teratur. Peserta akan didedahkan kepada kemahiran menyimpan bahan-bahan bar bertetulang dengan betul serta memelihara dan menjaga perkakas tangan dan mesin membengkok bar agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Selain itu, kursus ini merangkumi penyediaan kerja seperti menyediakan meja kerja membengkok bar dan menyediakan peruang tetulang sebagai persediaan awal sebelum proses pembentukan tetulang dijalankan. Peserta juga akan mempelajari kemahiran teknikal seperti melaksanakan kerja memotong bar dan melaksanakan kerja membengkok bar mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Seterusnya, penekanan diberikan kepada melaksanakan pengikat tetulang serta melaksanakan peletakan tetulang dengan tepat di dalam struktur. Akhir sekali, kursus ini turut merangkumi meletakkan peruang tetulang bagi memastikan susunan tetulang berada pada kedudukan yang betul dan memenuhi piawaian pembinaan.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
Seorang barbender boleh memulakan kerjaya sebagai pekerja mahir yang menjalankan kerja memotong, membengkok dan mengikat bar tetulang mengikut lukisan dan spesifikasi. Dengan pengalaman, individu berpeluang meningkat ke jawatan seperti ketua tukang (foreman) atau penyelia tapak yang bertanggungjawab mengurus kerja tetulang serta memastikan ketepatan dan kualiti pemasangan.
Selain itu, kemahiran dalam bidang ini juga boleh diperluaskan ke bidang berkaitan seperti formwork, kerja konkrit (concreting) dan pembinaan struktur. Bagi yang berminat dalam keusahawanan, barbender boleh menjadi subkontraktor atau menjalankan perniagaan sendiri dalam kerja-kerja tetulang.
Dengan sijil kemahiran atau akreditasi yang diiktiraf, peluang untuk terlibat dalam projek berskala besar seperti pembinaan bangunan tinggi, lebuh raya dan projek infrastruktur kerajaan adalah lebih luas, sekali gus memberikan potensi pendapatan yang lebih tinggi serta kerjaya yang stabil.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB