Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan teratur. Peserta akan didedahkan kepada kemahiran kerja-kerja penyelenggaraan dinding, siling, lantai, pintu dan tingkap sebagai asas dalam penyelenggaraan bangunan.
Selain itu, kursus ini merangkumi kerja-kerja baikpulih dan senggara paip domestik serta baikpulih dan senggara paip buangan, kelengkapan sanitari dan manhole bagi memastikan sistem perpaipan berfungsi dengan baik. Peserta juga akan mempelajari kemahiran asas pembinaan seperti kerja-kerja pelepaan, penerapan bata dan penjubinan, di samping kerja-kerja konkrit, acuan dan rendering.
Di samping itu, kursus ini turut melibatkan kerja-kerja luaran seperti bahu jalan, garis jalan, longkang luar dan tempat letak kereta bagi penyelenggaraan kawasan sekitar bangunan. Akhir sekali, peserta akan didedahkan kepada kerja-kerja perkebunan sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan landskap dan persekitaran.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Dan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
Individu dalam bidang ini boleh memulakan kerjaya sebagai handyman atau pekerja penyelenggaraan bangunan yang menjalankan pelbagai tugas seperti baik pulih struktur, kerja-kerja paip, kemasan dalaman serta penyelenggaraan kemudahan bangunan. Dengan pengalaman, mereka berpeluang meningkat ke jawatan seperti juruteknik penyelenggaraan (maintenance technician), penyelia fasiliti atau penyelia tapak yang bertanggungjawab mengurus operasi dan penyelenggaraan bangunan.
Selain itu, kemahiran dalam bidang ini juga boleh diperluaskan ke pelbagai kerja teknikal lain seperti kerja awam (civil), pembaikan struktur, pengurusan fasiliti (facility management) dan penyelenggaraan hartanah. Bidang ini juga sangat relevan dalam sektor pengurusan bangunan seperti hospital, hotel, sekolah, pejabat dan pusat membeli-belah.
Bagi yang berminat dalam keusahawanan, terdapat peluang untuk menjalankan perniagaan sendiri sebagai kontraktor penyelenggaraan atau penyedia perkhidmatan baik pulih bangunan. Dengan sijil kemahiran atau akreditasi yang diiktiraf, peluang untuk mendapatkan kontrak penyelenggaraan jangka panjang serta projek berskala besar adalah lebih cerah, sekali gus menawarkan pendapatan yang stabil dan berterusan.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB