Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan terkawal. Peserta akan didedahkan kepada kemahiran menyediakan komponen dan kelengkapan perancah sebagai asas dalam kerja pemasangan perancah.
Selain itu, kursus ini merangkumi kemahiran mendiri dan memasang tangga rangkak, perancah bebas dan perancah putlog mengikut prosedur yang betul. Peserta juga akan mempelajari kaedah mendiri dan memasang struktur laluan atau tanjakan serta jaring keselamatan bagi memastikan keselamatan di tapak bina.
Seterusnya, latihan turut melibatkan menanggalkan perancah bebas, perancah menara (mudahalih atau statik), perancah tresel, scaffolding with return, sangkar burung, jaring keselamatan dan perancah putlog dengan kaedah yang selamat dan sistematik. Akhir sekali, peserta akan didedahkan kepada mengalihkan laluan, tanda keselamatan perancah dan sangkar burung perancah bagi memastikan pengurusan tapak yang teratur dan selamat.
Maklumat Latihan TVET
Individu dalam bidang ini boleh memulakan kerjaya sebagai pekerja mahir yang terlibat dalam kerja pemasangan, penyelenggaraan dan penanggalan perancah (scaffolding) di tapak pembinaan. Dengan pengalaman, mereka berpeluang meningkat ke jawatan seperti scaffolder mahir, ketua pasukan (scaffold supervisor) atau penyelia keselamatan yang bertanggungjawab memastikan pemasangan perancah mematuhi piawaian keselamatan.
Selain itu, kemahiran dalam kerja perancah juga sangat diperlukan dalam sektor lain seperti industri minyak dan gas, loji, penyelenggaraan kilang dan kerja-kerja kejuruteraan berat. Ini membuka peluang pekerjaan yang lebih luas termasuk di dalam dan luar negara.
Bagi yang berminat dalam keusahawanan, terdapat peluang untuk menjadi subkontraktor atau menjalankan perniagaan sendiri dalam kerja pemasangan dan penyewaan perancah. Dengan sijil kemahiran atau akreditasi yang diiktiraf, peluang untuk terlibat dalam projek berskala besar serta memperoleh pendapatan yang lebih tinggi adalah sangat cerah.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB