Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan terkawal. Peserta akan didedahkan kepada undang-undang dan peraturan berkaitan operasi backhoe loader sebagai panduan dalam melaksanakan kerja mengikut piawaian yang ditetapkan.
Selain itu, kursus ini merangkumi kemahiran penilaian tempat kerja serta pemeriksaan prestasi teknikal backhoe loader bagi memastikan jentera berada dalam keadaan baik sebelum digunakan. Peserta juga akan mempelajari pengenalan peralatan dan sistem kawalan untuk memahami fungsi serta operasi jentera dengan lebih berkesan.
Seterusnya, latihan melibatkan kemahiran operasi seperti load shifting, trenching, levelling, spreading dan slope cutting & finishing, serta operasi loader dan backhoe mengikut prosedur yang betul. Penekanan juga diberikan kepada tatacara shut down selepas penggunaan jentera bagi memastikan keselamatan dan ketahanan peralatan.
Akhir sekali, kursus ini turut merangkumi penyelenggaraan dan penyenggaraan bagi memastikan backhoe loader sentiasa berada dalam keadaan optimum, selamat digunakan dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Maklumat Latihan TVET
1.
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
Dan
Umur Minimum : 21
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
2. Pemohon sekurang-kuranya memilik lesen memandu kelas ‘L' dan keutamaan diberikan kepada pemegang lesen kelas ‘D’
Individu dalam bidang ini boleh memulakan kerjaya sebagai operator jentera yang mengendalikan backhoe loader untuk pelbagai kerja seperti pengorekan (trenching), pemindahan bahan (load shifting), meratakan tanah (levelling) dan kerja-kerja tapak lain. Dengan kemahiran dan pengalaman, mereka berpeluang menjadi operator mahir yang mampu mengendalikan pelbagai jenis jentera berat dengan cekap dan selamat.
Seterusnya, kerjaya boleh berkembang ke jawatan seperti ketua operator atau penyelia tapak yang bertanggungjawab mengurus operasi jentera serta memastikan kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi dan piawaian keselamatan. Selain itu, kemahiran ini juga boleh diperluaskan ke bidang berkaitan seperti operasi jentera berat lain (excavator, loader, bulldozer) dan kerja kejuruteraan awam.
Bidang ini turut menawarkan peluang keusahawanan, di mana individu boleh menjalankan perniagaan sendiri seperti penyewaan jentera atau perkhidmatan kerja tanah. Dengan sijil kemahiran atau lesen yang diiktiraf, peluang untuk terlibat dalam projek berskala besar seperti pembinaan lebuh raya, pembangunan perumahan dan projek kerajaan adalah lebih luas, sekali gus memberikan potensi pendapatan yang tinggi dan kerjaya yang stabil.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB