Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi penekanan kepada pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan terkawal. Peserta akan didedahkan kepada undang-undang dan peraturan berkaitan operasi excavator serta keselamatan tapak, diri dan peralatan sebagai asas dalam pengendalian jentera berat.
Selain itu, kursus ini merangkumi kefahaman tentang rekabentuk mesin serta kemahiran penilaian tapak kerja bagi memastikan operasi dijalankan dalam keadaan yang sesuai dan selamat. Peserta juga akan mempelajari pemeriksaan pra operasi ke atas mesin dan kawasan kerja sebelum memulakan tugas.
Seterusnya, latihan melibatkan tatacara pengendalian load shifting, trenching, levelling, spreading dan slope cutting and finishing mengikut prosedur yang betul. Penekanan juga diberikan kepada tatacara shutdown selepas penggunaan jentera bagi memastikan keselamatan dan ketahanan mesin.
Akhir sekali, kursus ini turut merangkumi penyelenggaraan dan penyenggaraan bagi memastikan excavator sentiasa berada dalam keadaan optimum dan selamat digunakan.
Maklumat Latihan TVET
1.
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
Dan
Umur Minimum : 21
Umur Maksimum : 35
Dan
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
2. Pemohon sekurang-kuranya memilik lesen memandu kelas ‘L' dan keutamaan diberikan kepada pemegang lesen kelas ‘D’
Individu dalam bidang ini boleh memulakan kerjaya sebagai operator jentera yang mengendalikan excavator untuk pelbagai kerja seperti pengorekan (trenching), pemindahan bahan (load shifting), meratakan tanah (levelling) dan kerja pemotongan cerun (slope cutting). Dengan kemahiran dan pengalaman, mereka berpeluang menjadi operator mahir yang mampu mengendalikan pelbagai jenis jentera berat dengan cekap dan selamat.
Seterusnya, kerjaya boleh berkembang ke jawatan seperti ketua operator, penyelia tapak atau penyelia operasi jentera yang bertanggungjawab mengurus kerja di tapak serta memastikan pematuhan kepada spesifikasi dan piawaian keselamatan. Selain itu, kemahiran ini juga boleh diperluaskan ke bidang berkaitan seperti operasi jentera berat lain seperti bulldozer, loader dan backhoe.
Bidang ini turut menawarkan peluang keusahawanan, di mana individu boleh menjalankan perniagaan sendiri seperti penyewaan jentera atau perkhidmatan kerja tanah. Dengan sijil kemahiran atau lesen yang diiktiraf, peluang untuk terlibat dalam projek besar seperti pembinaan lebuh raya, projek infrastruktur, perlombongan dan pembangunan hartanah adalah lebih luas, sekali gus memberikan potensi pendapatan yang tinggi dan kerjaya yang stabil.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB