Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Single Phase Wireman & Testing Endorsement merangkumi pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja atau bengkel serta asas bantuan kecemasan, termasuk pertolongan cemas. Ia turut meliputi pemahaman terhadap Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan IEE edisi 16. Selain itu, kursus ini memberikan pengetahuan asas elektrik, jenis, kegunaan dan pemilihan kabel, serta pengujian dan alat pengujian bersama alat pengukur elektrik. Pelajar juga akan mempelajari perkakas suis dan papan agihan satu fasa, perlindungan litar dan penggunaannya, sistem pendawaian, pembumian dan perlindungan kilat, serta radas-radas elektrik. Akhir sekali, penekanan diberikan kepada rekabentuk pemasangan elektrik satu fasa.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 1 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. AKADEMIK
1.1

1.

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

3. WARGANEGARA
3.1 Pemohon mestilah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT AM
4.1 Pemohon mestilah:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Dan

5. Pemohon mestilah :
5.1 Pemohon mesti :
1. Menghadiri dan lulus temuduga
2. Menduduki peperiksaan spm atau setaraf dengannya

Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya bagi bidang Single Phase Wireman & Testing Endorsement adalah sangat baik dan mendapat permintaan tinggi dalam sektor pembinaan, penyelenggaraan dan industri elektrik. Graduan boleh bekerja sebagai Wireman satu fasa yang menjalankan kerja pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan sistem elektrik. Selain itu, peluang kerjaya termasuk sebagai juruteknik elektrik, penyelia tapak atau kontraktor elektrik. Dengan pengalaman dan lesen yang sah, individu juga boleh menjalankan kerja pengujian dan pengesahan pemasangan elektrik secara profesional. Bidang ini turut membuka peluang keusahawanan serta menawarkan kerjaya yang stabil dengan potensi pendapatan yang kompetitif.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ABM WILAYAH TENGAH
Alamat
LOT 8, JALAN CHAN SOW LIN, KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
Hasmawati Hasnan
Telefon
03-9200 2008
Emel
hasmawati@cidbabm.com.my
Laman Web
akademibinaan.com.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Bidang dan Kursus adalah Terhad kepada kuota tajaan yang ditawarkan oleh CIDB Malaysia.
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.

Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .

Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem CIMS CIDB
;