Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Chargeman A0 Low Voltage System merangkumi pengenalan keselamatan diri di tempat kerja atau bengkel serta bantuan kecemasan termasuk pertolongan cemas. Ia turut memberi penekanan kepada pemahaman Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan IEE edisi 16. Selain itu, kursus ini merangkumi pengetahuan asas elektrik, jenis, kegunaan dan pemilihan kabel, serta pengujian dan alat pengujian bersama alat pengukur elektrik. Pelajar juga akan mempelajari perkakas suis dan papan agihan satu fasa, perlindungan litar dan penggunaannya, serta sistem pendawaian, pembumian dan perlindungan kilat.
Maklumat Latihan TVET
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 1 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. • WARGANEGARA MALAYSIA • SIHAT TUBUH BADAN • BOLEH MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA • MINIMA MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM ATAU SETARAF DENGANYA • BERUMUR 17–35 TAHUN BAGI PROGRAM BELIA • BERUMUR 18–55 TAHUN BAGI PROGRAM PERSONEL BINAAN • MEMILIKI KAD PENDAFTARAN PERSONEL BINAAN YANG MASIH SAH DAN 6 BULAN PENGALAMAN DALAM BIDANG BERKAITAN BAGI PROGRAM PERSONEL BINAAN • MEMPUNYAI PENGALAMAN KERJA LEBIH DARI 3 TAHUN (BERSAMA KONTRAKTOR ELEKTRIK YANG BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA TENAGA) • MEMPUNYAI BUKU LOG KERJA – KERJA ELEKTRIK DAHULU
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Prospek kerjaya bagi bidang Chargeman A0 Low Voltage System adalah sangat baik dengan permintaan tinggi dalam sektor industri, komersial dan bangunan bertingkat. Graduan boleh bekerja sebagai Chargeman A0 yang bertanggungjawab mengendalikan, menyelenggara dan memantau sistem elektrik voltan rendah secara selamat.
Selain itu, peluang kerjaya termasuk sebagai juruteknik elektrik, penyelia penyelenggaraan atau pegawai fasiliti di kilang, hospital, hotel dan kompleks bangunan. Dengan pengalaman, individu boleh meningkatkan lesen ke tahap lebih tinggi serta memegang jawatan yang lebih senior.
Bidang ini juga menawarkan peluang keusahawanan dalam perkhidmatan penyelenggaraan elektrik serta prospek kerjaya yang stabil dengan pendapatan yang kompetitif.

Butiran Penyedia Latihan TVET
Nama Institusi
ABM WILAYAH TENGAH
Alamat
LOT 8, JALAN CHAN SOW LIN, KUALA LUMPUR
Negeri
W.PERSEKUTUAN (KL)
Penyelaras
Hasmawati Hasnan
Telefon
03-9200 2008
Emel
hasmawati@cidbabm.com.my
Laman Web
akademibinaan.com.my
Lain-lain Maklumat
Lain-lain Maklumat Berkaitan
Bidang dan Kursus adalah Terhad kepada kuota tajaan yang ditawarkan oleh CIDB Malaysia.
Untuk makluman, borang ini adalah untuk tujuan daftar minat anda, bukan pendaftaran rasmi mengikuti latihan.
Setelah menghantar borang ini, pihak ABM / CIDB Tech akan hubungi anda untuk membantu proses pendaftaran program latihan melalui sistem .
Pilihan program yang ditawarkan boleh rujuk dalam sistem .