Kursus TVET

Diploma Senibina Kapal

DNA

Pengenalan Kursus

Diploma in Naval Architecture direka untuk menyediakan pengetahuan dan amalan kejuruteraan yang berkaitan dengan seni bina kapal. Ia juga mengintegrasikan asas dan aplikasi penyelidikan, proses reka bentuk dan prinsip kejuruteraan untuk reka bentuk dan pembinaan kapal marin dan struktur luar pesisir. Senibina kapal juga melibatkan formulasi peraturan keselamatan, peraturan kawalan kerosakan dan kelulusan dan pengesahan reka bentuk kapal untuk memenuhi keperluan berkanun dan bukan berkanun. Aktiviti utama lain termasuk reka bentuk, pengeluaran, penukaran dan pembinaan semula kapal. Program ini juga merangkumi pengetahuan asas teknik kejuruteraan. Program ini dijalankan selama enam semester yang merangkumi latihan industri pada semester keenam. Program pendidikan dan latihan yang dijalankan tidak hanya direka untuk memenuhi keperluan industri maritim tetapi melebihi tahap minimum kemahiran dan kecekapan yang ditetapkan dalam industri pembinaan maritim antarabangsa termasuk perancangan dan pembinaan kapal, perundingan teknikal dan keselamatan, operasi, pengurusan dan perdagangan serta kejuruteraan luar pesisir.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program Diploma in Naval Architecture boleh bekerja dalam bidang berikut:
- Arkitek Kapal
- Perunding senibina kapal dan rekabentuk kapal
- Perekabentuk kapal dan penyelia pembinaan kapal
- Superintenden marin
- Juruukur kapal
- Pegawai Marin di Jabatan Laut
- Penolong jurutera di limbungan kapal, industry berat dan loji janakuasa
- Penolong Pensyarah di Institusi Marin

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK BAGAN DATUK
Alamat
NO 1, PT8121, LORONG LAGENDA 1, MEDAN NIAGA LAGENDA, 36400 HUTAN MELINTANG, PERAK
Negeri
PERAK
Penyelaras
-
Telefon
05-6413416
Emel
webmaster@pbd.edu.my
Laman Web
https://pbd.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja – kerja amali.
;