Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTER

DCT

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH) , PULAU PINANG

Pengenalan Kursus

Struktur Program Diploma Computer Technology (DCT) ini memberi tumpuan kepada teori dan praktikal serta pengurusan dalam bidang Sistem Komputer. Ia memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam sistem teknologi komputer, dan penyelenggaraan sistem komputer dan sistem rangkaian.

Pelajar dilatih untuk merekabentuk dan membangunkan projek yang berkaitan dengan pentadbiran sistem operasi, pengurusan storan, sandaran dan sistem sokongan maklumat, prosedur operasi standard dan pengemaskinian teknologi. Pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini seperti konfigurasi aplikasi mudah alih (telefon dan tablet), cyber security, sistem rangkaian IOT dan Fiber Optik. Pelajar juga diberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan sistem rangkaian berdasarkan dengan modul-modul dalam program CISCO NETWORKING ACADEMY.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
36 Bulan
Prospek Kerjaya
Peluang kerjaya sebagai Juruteknik Sistem Komputer, Juruteknik Rangkaian Komputer, Computer Specialist, System Administrator Assistant, IT Sales Professional, IT Executive, IT Helpdesk, Server Admin, Junior IT Programmer dan Computer Networking Engineer (Junior Executive)

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia
Syarat Pilihan 1
Calon Bumiputera Sahaja
ATAU
Syarat Pilihan 2
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
02
Kriteria Utama
Memiliki SPM & Setaraf
Syarat Pilihan 1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1119 BAHASA INGGERIS Wajib E
1249 SEJARAH Wajib E
1449 MATEMATIK Wajib E
ATAU
Syarat Pilihan 2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai SIJIL KEMAHIRAN KHAS TEKNOLOGI KOMPUTER Dari PERDA-TECH
Minimum CGPA : 0.00

DAN
03
Kriteria Utama
Berumur tidak kurang 18 Tahun
Syarat Wajib

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 30

DAN
04
Kriteria Utama
Kriteria Lain
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
4. Bujang (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
Alamat
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ALIAS BIN MUHAMMAD NOR
Telefon
04-5991100
Emel
perdatech@perda.gov.my
Laman Web
www.perda-tech.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. Setelah tamat pelajar akan mendapat Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 dalam bidang Teknologi Komputer

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
 Yuran Pengajian PERCUMA ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan
 Insuran Berkelompok

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;