Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi baik pulih badan kenderaan yang merangkumi penilaian kerosakan kenderaan bagi tujuan baikpulih serta penukaran alat ganti dan bahan. Pelajar akan menguasai kemahiran untuk melakukan kimpalan gas, mematri, mengetuk, menyimen dan mengecat badan kenderaan. Pelajar juga akan didedahkan dengan kerja-kerja menanggal serta memasang semula kompenen badan kenderaan termasuk sistem pendawaiannya serta asas keusahawanan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Mekanik, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
TVETMARA KUCHING (INSTITUT KEMAHIRAN MARA KUCHING)
Alamat
JALAN KEMAHIRAN
OFF JALAN SULTAN TENGAH
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
HAZMAN AIMADUDDIN BIN BOSTAMI
Telefon
082-441149
Emel
hazman@mara.gov.my
Laman Web
http://kuching.ikm.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di institusi pendidikan awam dan swasta seperti:

Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (KKTM Masjid Tanah)
Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Pembuatan Automotif)(KKTM Kuantan)
Diploma Kejuruteraan Automotif (UniKL)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (DRB Hicom University)

** Yuran pengajian dibiayai oleh MARA
;