Kursus TVET

SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI FESYEN DAN PAKAIAN (JAHITAN PAKAIAN LELAKI)

SPL 03

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK , SELANGOR

Pengenalan Kursus

Kursus Jahitan Pakaian Lelaki merupakan salah satu jurusan di dalam Jabatan Tekstil. Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali. Penilaian adalah berdasarkan sistem keterampilan. Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. Objektif kursus ialah memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuatan Pakaian Lelaki, melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai teknologi, berfikiran progresif dan dinamik serta berani mengambil risiko dalam menuju wawasan 2050 dan juga menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar pentingnya kualiti dengan aspirasi negara.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Tenaga pengajar di sektor awam atau swasta, bekerja di butik pakaian dan industri perkilangan, melibatkan diri dalam bidang perniagaan contohnya membuka butik pakaian

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Persekolahan
Syarat Pilihan 1
Mestilah:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Mestilah:

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
Mestilah:
1. Bujang (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK
Alamat
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR DARUL EHSAN
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MARLIANA BINTI ABDULLAH
Telefon
03-60996000 / 03-60996133
Emel
marliana@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI : RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU.
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI : DISEDIAKAN

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;