Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini direka untuk mendedahkan para peserta kepada teknologi perikanan tangkapan yang terkini melalui pendedahan kepada peralatan dan aktiviti perikanan tangkapan yang lebih moden dan bersistematik. Kandungan kursus bermula dari pembuatan dan penyelenggaraan peralatan perikanan tangkapan diikuti dengan pendedahan kepada pelaksanaan operasi yang meliputi aktiviti penangkapan dan pengendalian pelayaran vesel. Modul ini juga memperkenalkan konsep keselamatan makanan dan penekanan kepada aspek keselamatan di air. Antara faedah yang akan diperolehi melalui kursus ini adalah seperti berikut:
1. Memahami cara menyedia, mengendali dan menyelenggara peralatan penangkapan ikan.
2. Memahami cara penggunaan peralatan berteknologi untuk navigasi dan penangkapan ikan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil tangkapan.
3. Melaksanakan tanggungjawab penyeliaan dan mempunyai autonomi diri dalam mengawal serta memberi panduan kepada orang lain.
4. Memastikan aspek keselamatan diterapkan secara optimum semasa operasi di air.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Penyelia operasi, pembekal ikan segar, pembekal peralatan menangkap ikan, pembekal input perikanan, pengendali vesel, perkapalan, pembantu laut, penyelia vesel perikanan tangkapan, kru vesel perikanan tangkapan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ PERIKANAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH LUMUT
Alamat
-
Negeri
PERAK
Penyelaras
NOR FADILAH BINTI JALALI
Telefon
056906000
Emel
kpml@dof.gov.my
Laman Web
www.kpkm.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja oleh Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).

Yuran Pendaftaran : RM 330.00
Perubahan jumlah yuran pendaftaran bergantung kepada bidang.
Elaun :
RM 200 sebulan dibayar sepanjang menjalani Latihan Kemahiran di Pusat Bertauliah.
RM 300 sebulan dibayar semasa menjalani Latihan Industri (LI) selama 3 bulan.
Penginapan : disediakan.
Makan dan Minum : disediakan.

Kandungan Kursus :

Nakhoda Teknologi Perikanan Tangkapan (Tahap 3) berketerampilan untuk menjalankan tugas-tugas teras berikut:

1. Pembuatan Peralatan Perikanan Tangkapan.
2. Pelaksanaan Operasi Perikanan Tangkapan.
3. Servis Penyelenggaraan dan Pembaikan Peralatan Perikanan Tangkapan.
4. Pengendalian Pelayaran Vesel.
5. Fungsi Penyeliaan Perikanan Tangkapan.
;