Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini memberi pendedahan pengetahuan dan kemahiran kepada Personel untuk terampil dan kompeten dalam Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) Tahap 3 dalam melakukan kompetensi teras berikut: Pengendalian Bahan Mentah; Pengendalian Penyediaan Pesanan Pengeluaran Produk; Penyelarasan Penyelenggaraan Mesin Dan Peralatan Pemprosesan Makanan; Kawalan Kualiti Pemprosesan Makanan; dan Penyeliaan Personel Pemprosesan Makanan.
 
Sebagai nilai tambah, personel yang terampil dalam Pengeluaran Makanan (Pemprosesan) Tahap 3 adalah kompeten dalam melakukan kompetensi elektif berikut; Operasi Pemprosesan Produk Makanan Sedia Dimakan (Ready-To-Eat).

Personel juga akan didedahkan dengan amalan serta aktiviti operasi dan pengeluaran yang mematuhi peraturan dan perundangan pengeluaran makanan seperti Amalan Kebersihan Yang Baik (GHP) serta lain-lain perundangan dan peraturan berkaitan industri makanan.

Personel perlu bekerja secara individu atau dalam kumpulan di persekitaran yang kondusif bagi menghasilkan produk yang bersih, halal dan memenuhi kepuasan pelanggan dan majikan. Mereka perlu mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti pemakaian Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan pakaian yang sesuai ketika menjalankan kerja.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. BOLEH MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA
1.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
1249 SEJARAH Wajib E

Atau

1.2

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. UMUR
2.1

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

3. SYARAT TAMBAHAN
3.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Bujang (Wajib) ,
4. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. JANTINA
4.1
1. Perempuan sahaja


Dan

5. warganegara
5.1
Warganegara Malaysia Sahaja
Tempoh Pengajian
24 Bulan
Prospek Kerjaya
Usahawan industri makanan proses. Pekerja industri makanan. Pembantu penyelidik. Tenaga pengajar. Pakar runding.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN MARDI
Alamat
-
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MUHAMMAD IQBAL BIN ABDULLAH
Telefon
03-89536803
Emel
pbm@mardi.gov.my
Laman Web
www.mardi.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Penginapan disediakan
Makan minum disediakan atau diganti dengan duit-ganti-makan melalui Akaun CIMB
Elaun RM 200/ Sebulan melalui Akaun Agrobank
;