Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menubuhkan Kursus Operasi Mekanisasi Ladang (KOML) pada tahun 2006 dengan menyediakan latihan berasaskan kemahiran dalam penjenteraan ladang bagi sektor perladangan sawit. Objektif penubuhan adalah untuk memberi latihan kepada belia tempatan dalam bidang jentera ladang supaya boleh menjadi sebahagian daripada tenaga kerja tempatan dalam industri sawit sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing. Modul latihan memberi pendedahan dan kemahiran dalam mekanisasi ladang secara nisbah (70:30) praktikal dan teori. Kursus yang dijalankan adalah mengikut kurikulum daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Pendidikan
2.1

PENYELIAAN OPERASI MEKANISASI LADANG SAWIT [A012-004-3:2020] Atau

Penyeliaan Operasi Mekanisasi Kelapa Sawit [RB-082-3:2012]


Dan

3. Maklumat Tambahan
3.1
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Berpeluang bekerja dalam syarikat perladangan sawit sebagai penolong pengurus ladang atau pengurus ladang dan berpeluang menjadi usahawan dalam sektor perladangan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN SAWIT MALAYSIA (PLASMA) KERATONG, PAHANG
Alamat
PUSAT LATIHAN SAWIT MALAYSIA KERATONG, LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB), KILOMETER 137, LEBUHRAYA SEGAMAT-KUANTAN, BANDAR TUN RAZAK, 26900 KERATONG, PAHANG
Negeri
PAHANG
Penyelaras
SITI BALQIS BINTI JAAFAR
Telefon
09-4514403
Emel
balqis@mpob.gov.my
Laman Web
www.mpob.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pelatih yang layak berpeluang mengambil lesen kelas F dan H yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ.
;