Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Pusat Pembangunan Kemahiran Industri Perkayuan (WISDEC) Banting menawarkan program latihan belia iaitu, Sijil Operasi Pembuatan Perabot (RB050) Tahap 3 yang dijalankan secara sepenuh masa selama 8 bulan di WISDEC Banting. Pengambilan pelatih dilakukan sekali setahun dengan mensasarkan belia daripada lepasan sekolah, yang belum bekerja dapekerja dalam industri perkayuan dan mana-mana individu yang berminat dalam bidang perkayuan.
Objektif program ini adalah untuk memberi latihan kemahiran kepada belia tempatan dalam bidang operasi pemesinan kerja kayu dan pembuatan perabot dan seterusnya menjadi sebahagian daripada tenaga kerja tempatan dalam sektor perkayuan. Ini adalah sejajar dengan Hasrat Kerajaan dalam memperkasakan TVET dan mengurangkan kebergantungan negara kepada tenaga kerja asing. Modul program ini memberi focus dan pendedahan kepada latihan kemahiran dalam operasi pemesinan kerja kayu dan pembuatan perabot pada nisbah (70:30) iaitu 70% praktikal dan 30% teori. Kursus yang dijalankan adalah mengikut kurikulum daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Dan
Operasi Pembuatan Perabot [RB-050-2:2012]
• Pemprosesan kayu
• Pembuatan dan pemprosesan perabot
• Agensi Kerajaan yang berkaitan
• Usahawan
Butiran Penyedia Latihan TVET
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB),
LOT 167, JALAN 3, KOMPLEKS PERABOT OLAK LEMPIT,
42700 BANTING, SELANGOR
PREMIS TAMBAHAN:
No. 5 Jalan 1/1, Kawasan Perusahaan Olak Lempit, 42700 Banting, Selangor
Lain-lain Maklumat
ii. Elaun sara diri disediakan (RM700/bulan).
iii. Kemudahan penginapan dan pengangkutan sepanjang tempoh latihan.
iv Keperluan latihan