Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang elektronik yang berfokus kepada sistem elektronik industri, automasi, elektronik audio visual dan komunikasi. Selain itu, peningkatan kemahiran dan pengetahuan dalam elektronik audio visual, elektronik industri, sistem kawalan, sistem pengawal mikro, mekatronik dan mereka bentuk litar elektronik menggunakan perisian dan juga pembelajaran perkakasan dan perisian Program Logic Controller (PLC). Penerapan kemahiran untuk membuat penyelenggaraan dan baik pulih peralatan elektronik, menguji kefungsian pada produk elektronik dan berkebolehan menyelia di bahagian pengeluaran turut diutamakan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
30 Bulan
Prospek Kerjaya
Penyelia Elektronik Industri
Juruteknik Elektronik Komersial
Pembantu Jurutera Elektronik
Juruteknik Rekabentuk Elektronik

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL KLUANG
Alamat
Km 3, Jalan Mengkibol, 86000, Kluang, Johor.
Negeri
JOHOR
Penyelaras
HEZLY BIN AZMAN
Telefon
07-7721482
Emel
kvkluang@gmail.com/jha2001@moe.edu.my
Laman Web
bpltv.moe.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program Diploma Teknologi Elektronik mampu membentuk Pembantu Jurutera Elektronik yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
;